Penetapan matlamat diri dan akademik boleh dilakukan dengan menggunakan panduan SMART.
SMART digunakan untuk membantu seseorang untuk menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang pengajian.
S-Specific
M-Measureable
A-Attainable
R-Relevant
T-Timely
Maksud SMART:
S=Specific bermaksud seseorang individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan menjawab semua soalan siapa,apa,di mana,bila,bagaimana dan kenapa.
M=Matlamat yang ditetapkan mesti boleh diukur.
A=Pencapaian yang realistik iaitu boleh didapati oleh diri individu berkenaan.
R=Matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat.
T=Matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dengan usaha yang berterusan.
Kepentingan penetapan matlamat diri dan akademik ialah pelajar dapat keputusan yang cemerlang dalam aspek akademik dan kokurikulum.Seterusnya, pelajar dapat berdikari dan tanpa bergantung pada ibu bapa.Selain itu, pelajar dapat melanjutkan pembelajaran dengan gembira dan dapat menjadi seorang guru yang professional.
Menurut perspektif Islam,penetapan matlamat merupakan proses melakukan kerja dengan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah.Selain itu,kerjasama dengan orang lain untuk mencapai objektif juga dilibatkan.Menurut Mary Parker Folet (1995),penetapan matlamat ialah salah satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.
Penetapan matlamat ialah satu kemahiran yang perlu dikuasai kerana ia amat vital seperti kemahiran membaca,menulis dan mengira,iaitu kemahiran asas yang diperkenalkan kepada anak-anak kita yang masih kecil.Bak kata pepatah,'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.